Thursday, 26 June 2014

BANNER YUMNI ENTERPRISE



Perkhidmatan kami meliputi kawasan-kawasan

Seberang Perai(Butterworth,Kepala Batas,Penaga,Bukit Mertajam,Penanti,Sungai Dua,Jawi,Nibong Tebal)

Kulim

Sungai Petani

Penang


Sunday, 22 June 2014

Banglo kubang semang,Penanti

assalaumalikum semua,
terima kasih kerana sudi menjengok ke blog saya yang tak seberapa ni.Ok kat sini saya ingin kongsi kat satu lagi projek rumah banglo yang telah Yumni Ent realisasikan.Projek ni memakan masa hampir dua bulan setengah.pemiliknya kami panggil Pak Zubir.Kos rumah ni hampir2 150K.apa yang menariknya rumah ni bagi saya saya adalah tinggi dinding 12 kaki(biasanya 10 kaki dah standard),ground beam plak 2kaki tinggi.Ok mai kita tgk plak gambar2 yang sempat diambil.......oooopsss lupa plak nak bagi tau rumah ni 3 bilik tidur,2tandas,2ruang tamu
 
 
ni time nak buat beam

besi dimasukkan

tuang konkrit plak

konkrit dah kering,kerja2 tambun tanah merah.

tiang

                                            kerja2 mengikat bata


kerja ikat bata dah habis,tapi beam atas tak buat lagi tu

beam atas pun dah buat,sambung plak dgn bumbung



                                                     bumbung genting digunakan
almost siap la bumbung,kerja plaster bahagian luar pun dah siap.

kerja2 palster lagi,yang baju biru ni partner saya.Yunus nama dia.

tile dalam bilik pakai yang 1kaki punya

ni plak tile kat ruang tamu,kami guna 2kaki x2 kaki.

table top inprogress

inprogress



                                               


                                                   tandas mandi ada 2 dalam rumah ni,bilik tidur 3 size 12x12
 
ni pintu utama

Saturday, 7 June 2014

REKABENTUK RUMAH


 
Rumah Islamik
RUMAH atau projek perumahan yang bercirikan Islam perlu diwujudkan bertujuan untuk mendorong cara hidup Islam yang menyeluruh dapat dipraktikkan.
Ciri-ciri perhiasan luaran seperti, kubah, ayat-ayat Al-Quran atau motif-motif geometri Islam bukanlah kriteria yang akan menjadikan sesuatu reka bentuk rumah kediaman itu "Islamik" atau tidak. Tetapi terdapat beberapa aspek yang perlu diberi penelitian.
  1. Wujudkan sempadan yang nyata antara ruang tamu dan ruang keluarga supaya "privacy" penghuni dapat dijamin dan aurat wanita dapat dijaga. Sementara setiap bilik tidur dapat dimasuki oleh kaum wanita tanpa perlu melalui para tetamu. Sekiranya ini tidak dapat dilakukan maka pintu masuk ke bilik tidur mestilah terlindung dari pandangan umum dan ini boleh dilaksanakan dengan mewujudkan satu "lobby" (ruang legar) yang sekecilnya 1.2m kali 1.2m sudah memadai.
  2. Wujudkan dua jalan keluar masuk iaitu, satu untuk umum dan satu lagi khusus untuk penghuni rumah terutamanya kaum wanita.
  3. Perlunya ruang yang terlindung untuk kaum wanita menjalankan aktiviti-aktiviti luaran tanpa menimbulkan sebarang ketidak selesaan kepada mereka selain daripada menghindar sebarang fitnah. Orientasi rumah yang dibina perlulah mengambil kira arah kiblat supaya dapat memberi ruang yang maksima untuk mendirikan solat berjamaah agar aktiviti-aktiviti di dalam bilik air dapat dilakukan dengan menghormati kiblat.
  4. Setiap rumah keluarga disarankan mempunyai paling minima tiga bilik tidur. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah yang menyuruh umatnya mengasingkan tempat tidur anak lelaki dan anak perempuan apabila mereka mencapai umur 10 tahun. Dengan itu perlu diwujudkan setiap bilik bagi ibu bapa, anak lelaki dan anak perempuan.
  5. Terdapat ruang yang terlindung untuk kaum wanita, ruang kerja dan interaksi untuk kaum wanita dan kedudukan serta orientasi tandas dan bilik air.



ASAS REKABENTUK KEDIAMAN ISLAMIK
Untuk mencapai kriteria rekabentuk maksimum kediaman di dalam Islam, asas berikut harus di fahami oleh jurureka, akitek dan mereka yang terbabit di dalam proses rekabentuk kediaman Muslim.
A. Konsep Hubungan
i. Individu
Individu wajar dibenarkan untuk mempunyai masa dan ruang peribadi untuk melakukan perkara-perkara yang di sukai, keperluan untuk beribadat dan melakukan rutin harian yang lain. Di antara contoh aktiviti peribadi yang memerlukan ruang ialah ruang untuk bersolat, belajar, membaca Al Qur’an, membuat kerja-kerja peribadi dan sebagainya.
ii. Keluarga
Hubungan keluarga bagi masyarakat Islam terutamanya di antara kedua orang tua dengan anak adalah amat berbeza dengan sistem kekeluargaan barat. Tanggungjawab anak terhadap orang tuan tidak akan terputus walaupun beliau berhijrah kerana mencari rezeki atau berkahwin berbeza dengan masyarakat barat yang kebanyakkan memeutuskan hubungan mereka dengan kedua orang tua lantas menjadi seperti orang asing. Hubungan ini bukan terhad kepada kedua orang tua sahaja malah turut dituntut kepada ahli keluarga dan kaum kerabat yang lain dari ushul (ke atas) sampai furu’ (ke bawah). Maka ke atas mereka (datuk, nenek, bapa saudara, ibu saudara, anak-anak mereka) terdapat tanggungjawab yang wajib di penuhi kerana mereka adalah ahli keluarga (arham). Tanggungjawab tersebut adalah seperti ziarah- menziarahi, berkasih sayang, berbuat baik dan memelihara hubungan (Yusof Qardawi, 2005) Firman Allah SWT :
Maka berikanlah kepada kerabat yang terdekat akan haknya, demikian (pula) kepada fakir miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan. Itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang mencari keridaan Allah; dan mereka itulah orang-orang beruntung. (Ar Rum:38)
"Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknnya." (Al Isra': 26)
a. Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa
Tanggungjawab anak-anak anak-anak diwajibkan menjaga hubungan mereka dengan ibubapa terutamanya apabila kedua-duanya sudah tua dan jatuh sakit. Maka, untuk menjalankan tanggungjawab ini, keperluan menyediakan ruang yang bersesuaian seperti tempat mandi orang sakit, ruang sirkulasi untuk orang yang tidak berupaya (handicapt), ruang untuk beribadat amat diperlukan.
b. Penambahan ahli keluarga
Penambahan ahli keluarga wajar di beri perhatian. Pertambahan ahli keluarga bukan sahaja hanya pada pertambahan anak tetapi kehadiran menantu, kedatangan ibubapa yang akan tinggal bersama. Pembantu rumah juga adalah sebahagian daripada faktor pertambahan yang perlu diberi perhatian.
c. Hubungan sesama anak lelaki dan perempuan
Anak lelaki dan anak perempuan wajib di pisahkan tempat tidur apabila mencapai umur 10 tahun.
d. Kehadiran ahli keluarga yang telah berkahwin
Walaupun berkahwin, tanggungjawab anak lelaki kepada kedua orang tuanya adalah berterusan. Islam menggalakkan anak-anak yang tidak tinggal bersama samada bujang atau telah berkahwin untuk pulang menziarahi kedua ibubapa dengan membawa ahli keluarga masing-masing. Ruang kediaman harus mampu menampung kehadiran tetamu-tamu ini terutamanya ketika hari- hari penting seperti cuti am dan musim perayaan. Ini amat berbeza dengan sistem kekeluargaan barat yang terputus hubungan mereka apabila mereka telah dewasa dan berkahwin.
iii. Kejiranan
Faktor kejiranan merupakan pengaruh utama senibina Islam (Hakim,2001). Ini adalah kerana tanggungjawab Muslim untuk menjaga hubungan jiran sekelilingnya. Antara amalan yang di tuntut oleh Islam ialah memilih jiran yang salih , menyukai segala kebaikan yang terdapat pada jiran, menjaga hubungan dengan jiran baik dari ucapan atau perbuatan, berbuat baik pada jiran, bersabar dengan gangguan dari jiran dan menunaikan hak seorang muslim terhadap muslim yang lain seperti memuliakan tetamu, menziarahi terutamanya apabila jiran menerima musibah, sakit, berlaku kematian, menerima jemputan dan sebagainya (A Aziz Fathi, 2000). Jiran di tafsirkan sebagai mereka yang berada didalam lingkungan 40 buah rumah dari semua sudut (Hughes,1885).
Menurut Hadith oleh Malik ibn Anas iaitu “La Dharar wa la Dhirar” bermaksud tidak menyakiti dan tidak disakiti meletakkan syarat kepada pembinaan, pengubahsuaian atau perkara-perkara seumpamanya perlu menghormati jiran sebagai mana kita mahu jiran kita menghormati kita. Maka berikut adalah perkara yang perlu di beri perhatian (Ismawi Zen,2009).
      1. Menghormati hartabenda orang lain terutamanya jiran
      2. Elakkan daripada membuat kerosakan ke atas hartabenda dan hak jiran
      3. Elakkan daripada mengambil kesempatan terhadap harta benda jiran
Konsep “La Dharar wa la Dhirar”merupakan asas rekabentuk yang di aplikasikan di bandar-bandar tradisional Islam. Rekabentuk bandar tradisonal Islam yang kebanyakkannya berbentuk ‘cluster’ dengan ciri-ciri susun atur bandar (urban setting). Ciri utamanya iaitu dinding rumah yang berkongsi, adalah bersesuaian dengan perumahan moden di Malaysia. Rekabentuk rumah Melayu yang freestanding atau binaan bebas mempunyai konsep rekabentuk yang agak berbeza dengan perumahan hari ini seperti rumah teres dan apartment. Maka sistem perumahan perbandaran di awal Islam adalah rujukan terbaik jika diadun bersama dengan senibina vernacular tempatan iaitu rumah tradisional Melayu. Menurut Azab (2008)
“The principle la darar wa la dirar occupies a broad chapter in Islamic building law, and upon it are built innumerable rulings. It has influenced the procedure of building in Islamic cities
A. Konsep Ruang
Beberapa ciri keruangan yang perlu difahami dan diikuti oleh Muslim bagi menghasilkan rumah yang mempunyai ciri-ciri islami. Berdasarkan Al Qur’an dan Hadith beberapa ciri-ciri ruang yang perlu di ikuti:
i. Memenuhi keperluan Ibadah
Ruang yang disediakan harus memenuhi keperluan dan kehendak aktiviti seorang muslim. Keperluan bukan sahaja tertakluk kepada ibadat khusus semata-mata tetapi juga ibadat-ibadat lain seperti belajar, adab dan etika makan, adab di dalam tandas, adab meraikan tetamu, keselesaan dan sebagainya. Ruang-ruang yang disediakan seharusnya berupanya memenuhi keperluan aktiviti-aktiviti ini. Marzukhi (2007) menyatakan terdapat 14 adab di dalam rumah iaitu adab tidur, adab tandas, adab makan, adab makan, adab pakai kasut, adab mata, adab telinga, adab masjid , adab rumah, adab duduk, mengadap qiblat, mulakan dengan kanan, menghormati tetamu, adab menjadi tetamu, larangan percampuran lelaki dan perempuan sebagai adab yang akan mempengaruhi perletakkan ruang. Keperluan untuk beribadat menjadikan penentuan arah Qiblat adalah menjadi suatu keutamaan kerana ia mempengaruhi orientasi rumah, arah pintu masuk, perletakkan ruang bersolat, ruang tidur (katil atau tilam), ruang tandas dan ruang meletakkan mayat apabila berlaku kematian.
ii. Saiz ruang
Saiz ruang perlu merujuk kepada adab-adab dan keperluan ruang. Saiz dan ukuran harus merujuk aktiviti dan keperluan ibadah yang berlaku di dalamnya. Saiz ruang serta bilik pada rumah moden hari ini berpandukan keperluan barat mengabaikan keperluan ibadat. Tiada panduan khusus untuk antropometrik dan ergonomik Islam yang boleh dirujuk oleh jurureka dan akitek Islam. Contoh saiz bilik tidur dan ruang tamu perlu mengambilkira ruang bersolat , sekurang-kurangnya cukup untuk bersolat berjemaah.
iii. Susun atur Ruang
a. Fleksible
Shabani et al (xxxx) di dalam kajian beliau berkaitan faktor privasi di dalam rumah pangsapuri kompak di Iran dari perspektif Islam menyatakan rekabentuk fleksibel adalah antara syarat rekabentuk rumah Muslim. Rekabentuk fleksibel adalah berkaitan dengan susunatur ruang, perabut yang mudah alih dan sebagainya. Rumah tradisional Melayu adalah ekpressi konsep fleksibeliti ini. Rekabentuk rumah Kutai di Perak adalah contoh rumah Muslim yang menggunakan fleksibiliti di dalam susun atur ruang(Anuar Talib,2005). Rumah Kutai hanya hanya mempunyai satu bilik (berdinding tetap) dan bilik ini hanya di khususkan kepada anak perempuan sahaja. Ruang-ruang lain yang bersifat susunatur ruang yang terbuka (open planning) wujud mengikut keperluan masa dan kegunaan. Langsir di jadikan sebagai pembahagi ruang sementara untuk ibubapa membentuk “bilik” pada malam hari.
b. Jumlah Ruang yang memenuhi keperluan Aktiviti
Rekabentuk rumah menurut Baessa et al. (2010) pula adalah kualiti susunatur ruang dalamannya merangkumi organisasi ruang dan perletakkan ruang bersesuaian dengan fungsi dan keperluan penghuninya. Rupa bentuk bangunan bergantung kepada aktiviti – aktiviti di dalamnya.
c. Rekabentuk harus menghormati penggunaan asal elemen-elemen rekabentuk atau komponen-komponen bangunan tersebut kerana dikhuatiri akan merubah pemandangan persekitaran dan mengganggu pandangan mata (visual) dan menimbulkan rasa tidak puashati di kalangan jiran-jiran.
d. Privasi
Privasi boleh dibahagikan kepada dua iaitu privasi pandangan (visual privacy) dan privasi akustik (acoustical privacy). Susun atur ruang kediaman harus memenuhi kehendak privasi di dalam Islam. Sebarang bukaan pada dinding dan perletakan penghadang perlu memenuhi kehendak dan keperluan privasi wanita yang berada di dalamnya. Beberapa faktor yang mempengaruhi aspek privasi ialah aspek malu, mahram, zina, khalwat dan aurat. Aspek aurat adalah adalah aspek yang sering ditekankan di dalam perbincangan berkenaan ruang kediaman. Di dalam Islam , wanita yang ingin melayani tetamu lelaki suaminya wajib berpakaian yang sesuai dan menutup aurat dan mendapat kebenaran suami. Ini berdasarkan kepada hadith oleh Al-Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan oleh Sahl ibn Sa’d al-Ansari (Yusof Qardawi,1999).
“ Abu Usayd as-Sa’idi invited the Prophet(pbuh) and his Companians to his wedding. The food was prepared and served by none other than his wife, Umm Usayd. Sdhe had soaked some dates in milk in a stone pot overnight. When the prophet(pbuh) had finished his meal, she smashed the dates and brought the drink to him”
e. Menghormati alam sekitar
Pembinaan kediaman Muslim harus menghormati persekitaran di sekeliling. Contohnya kedudukan matahari naik dan turun, cahaya, angin dan sebagainya. Contoh rumah Muslim terbaik yang memenuhi kehendak persekitaran setempat ialah rumah tradisional tempatan. Pembinaannya mengambil kira persekitaran setempat.Konsep menghormati kosmologi ini bertepatan dengan ajaran Islam. Omer Spahic (2004) menegaskan
“That virtually everything in human life, including the way people look like and the languages they speak, is greatly influenced by natural elements”

sumber : http://diaripereka.blogspot.com/2012/08/prinsip-islam-di-dalam-ruang-kediaman.html

Bumbung

Bumbung
Bumbung memainkan peranan yang penting di dalam struktur sebuah rumah. selain daripada menjadi pelindung daripada cuaca panas dan hujan, bentuk bumbung memberikan nilai estetika sesebuah rumah.

Pembinaan bumbung pada amnya boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu :-

1. Bumbung Rata
  • mempunyai kecerunan kurang daripada 10%. Kasaunya merentang antara tembok, rasau ataupun kekuda dengan jarak 2 hingga 4 meter dari tetengah untuk menyokong gulung- gulung.
2. Bumbung Curam
  • mempunyai kecerunan melebihi 10% dari garisan ufuk.
  • Bumbung curam didapati dalam pelbagai bentuk, antaranya ialah :-
    1. Bumbung Tebang Layar
    2. Bumbung Limas
    3. Bumbung Gambriel
    4. Bumbung Layang
    5. Bumbung Mansard



PEMILIHAN BUMBUNG

Pemilihan bumbung adalah bergantug kepada faktor- faktor berikut:
  1. Jenis bangunan
  2. Ketahanlasakan
  3. Rintangan kepada haba
  4. Perlindungan cahaya
  5. Kecantikan
  6. Ekonomi
  7. Kemungkinan pengubahsuaian pada masa hadapan

Kekuda Bumbung
Kekuda bumbung adalah digunakan untuk menyokong bumbung yang tergantung pada panjang rentang, kecerunanbumbung dan bahan penutup bumbung. Beban bumbung akan dipindahkan ke gelegar dengan sekata sebelum dipindahkan ke kekuda bumbung. Gelegar adalah anggota yang disambungkan antara kekuda dengan kekuda yang lain. Kekuda bumbung akan disokong samada oleh tiang (besi, konkrit dsb) atau dinding.

Penutup Bumbung
Penutup bumbung mestilah terdiri daripada bahan- bahan yang kalis air. Bahan- bahan yang digunakan untuk membuat penutup bumbung adalah seperti kepingan kuprum, pumbum, zink, aluminium, asbestos, plastik, konkrit dan tanah liat.
i. Genting Konkrit
Genting konkrit diperbuat daripada campuran pasir, air, simen dan pigmen2 tambahan seperti pewarna. Ia melalui proses pengeringan biasa (tanpa pembakaran) didalam suhu sekitar 60 darjah celcius. Ia sangat kukuh boleh dihantar ketapak dan dipasangkan hanya beberapa hari sahaja selepas dikeringkan.

ii. Genting Tanah Liat
Genting tanah liat telah lama gigunakan sebagai penutup bumbung rumah. Genting tanah liat diperbuat daripada tanah liat dan dikeringkan melalui proses pembakaran. Genting jenis ini selain daripada memaparkan nilai estetik tetapi sangat tahan lama dan kurang kerja penyelenggaraan.
iii. Kepingan Bumbung Keluli
Kepingan bumbung Keluli biasanya diperbuat daripada zink (zincalume), aluminium atau campuran kedua-duanya. Penutup bumbung jenis ini sangat ringan, fleksibel dan terdapat pelbagai profil serta warna pilihan.


KG PAYA, PERMATANG TOK GELAM PENAGA

la ni mai tgk gambar kerja2 kat rumah ni plak...